Tabung ASK dilancarkan pada 27 Februari 1995 di mana ia merupakan kesinambungan usaha murni Kerajaan Negeri Kedah untuk memenuhi matlamat meningkatkan sosio ekonomi kaum bumiputera. Penubuhan Tabung ASK telah menyediakan satu mekanisma pelaburan berteraskan Syariah dengan hasrat murni untuk mengagih dan menyalurkan sumber kekayaan negeri dan negara kepada masyarakat Bumiputera terbanyak secara lebih adil dan saksama.
Tabung ASK telah ditubuhkan melalaui Suratikatan bertarikh 24 Februari 1995 di antara Amanah Saham Kedah Berhad, HSBC (Malaysia) Trustee Berhad (selaku pemegang amanah) dan para pemegang unit. Namun begitu, pengurusan dan pengendalian tabung ini adalah berlandaskan Suratikatan Terpinda Keempat ASK bertarikh 25 Ogos 1999.
Tabung ASK ini dikategorikan sebagai sebuah tabung ekuiti yang berteraskan Syariah di bawah jenis tabung pendapatan dan pertumbuhan.
MATLAMAT PENUBUHAN
Menyediakan satu mekanisma pelaburan yang berkesan berteraskan syariah bagi meningkatkan dan menggerakkan simpanan dan tabungan dari sejumlah besar masyarakat Bumiputera serta membolehkan mereka untuk turut serta dalam pasaran modal dan seterusnya berpeluang untuk bersama-sama menikmati agihan kekayaan negeri dan negara secara lebih adil dan saksama.
OBJEKTIF PELABURAN
Objektif pelaburan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelabur untuk meningkatkan modal dan pengagihan pendapatan melalui pelaburan yang berteraskan prinsip Syariah pada risiko yang wajar.
*Sebarang perubahan objektif pelaburan Tabung hanya akan dibuat dengan persetujuan Pemegang Unit yang diperolehi melalui Mesyuarat Pemegang Unit
|
Nama Tabung
|
Amanah Saham Kedah
|
|
Saiz yang diluluskan
|
200 juta unit
|
|
Unit dalam edaran
|
|
|
Tahun kewangan berakhir
|
28/29 Februari
|
|
Bentuk Pelaburan
|
Equiti dan pasaran wang yang berteraskan syariah
|
|
Konsep perniagaan
|
Pengambilan upah Al Hujrah
|
|
Jenis Tabung
|
Tabung Pendapatan & Pertumbuhan
|
|
Objektif Pelaburan
|
Peluang untuk pelabur meningkatkan modal & mendapat pengagihan pendapatan
|
|
Syarat Kelayakan Pelabur
|
Individu Bumiputera 18 Tahun Ke Atas & Institusi Milik Bumiputera di Malaysia
|
|
Pelaburan Permulaan Minimum
|
10 Unit Pada Harga Jualan Semasa
|
|
Tarikh Perlancaran
|
27 Februari 1995
|
|
Dilancarkan oleh
|
Tun Dr Mahathir Mohamad
|
|
Motto
|
Asas Sumber Kesejahteraan
|
|
Kolateral
|
Sijil dan Penyata Pelaburan
|
|
Jumlah Pemegang Unit
|
27,448 Pelabur
|
|
Pemegang Amanah
|
HSBC (MALAYSIA) TRUSTEE BERHAD
Suite 901, 9th Floor, Wisma Hamzah Kwong-Hing, No. 1, Lebuh Ampang, 50100 Kuala Lumpur |
|
Kustodian
|
HSBC NOMINEES (TEMPATAN) SDN BHD
No. 2, Lebuh Ampang 50100 Kuala Lumpur |
|
Juruaudit
|
ERNST & YOUNG
22 Floor, MWE Plaza, No. 8, Lebuh Farquhar 10200 Pulau Pinang |
|
Perunding Cukai
|
ERNST & YOUNG TAX CONSULTANTS SDN BHD
22 Floor, MWE Plaza, No. 8, Lebuh Farquhar 10200 Pulau Pinang |
|
Peguambela & Peguamcara
|
TETUAN ABDUL HALIM SAID & CO
Suite 25-29, Tingkat 2, Bangunan Lembaga Padi, Jalan Tunku Ibrahim 05000 Alor Star, KedahTETUAN HOE & AHMAD ZAKI No. 1564, Tingkat 2 & 3, Wisma Southern Bank, Jalan Kota 05000 Alor Star, Kedah |
|
Bank-Bank
|
CIMB BANKĀ BERHAD
1583, Bangunan UMNO, Jalan Tunku Ibrahim 05000 Alor Star, KedahHSBC BANK (MALAYSIA) BERHAD No. 2, Lebuh Ampang 50100 Kuala Lumpur |
Comments